Homemade Chocolate

January 19, 2010

Hasil dari pembelajaran dengan Chef Asma, percubaan pertama kali membuahkan hasil. Coklat ini dihasilkan tanpa isian/filling di dalamnya. Untuk yang kedua kalinya, isian kekacang (telah siap di bakar) dan filling mango sedang menanti. Akan cuba menpertingkatkan lagi dengan mempelbagaikan rasa dan bentuk yang menarik yang boleh di jadikan sebagai cenderahati ataupun hamper pada hari perayaan. Terima kasih Chef ilmu yang di curahkan.



Best regards,


1st Mini Cake for 2010

January 18, 2010

Tempahan dari rakan anak saudara yang bertugas di RISDA. Bertemakan ungu dan kuning, yang pada mulanya mengikut design, ianya mahukan bentuk bulat. Akan tetapi sesudah puas keliling KL mencari acuan berbentuk bulat tidak berjumpa, Cik Syahirah bersetuju dengan bentuk yang sediada. Harap harap Cik Syahirah kita berpuas hati.




Best regards,



KELAS COKLAT CHEF ASMA - 2/01/2010

January 09, 2010

COKLAT yang telah siap dalam pelbagai bentuk dengan filling yang berlainan rasa. Dek terlalu banyak sampai tak ingat yang mana satu filling strawberry, mango mahupun kekacang. Tapi semuanya sedap belaka....



COKLAT yang di susun dalam kotak yang menarik. Kotak ini boleh memuatkan sebanyak 35 biji coklat pelbagai bentuk, perasa dan filling.

COKLAT lagi.. Penggunaan bahan utama bagi membentuk kotak coklat yang menarik untuk hantaran. Walaupun agak rumit sedikit, perlukan ketelitian dan kesabaran, tetapi hasilnya berbaloi. Dekorasi/hiasan kotak coklat ini agak sempoi sikit kerana mengejar masa....

COKLAT pun boleh di gubah sebagai kad ucapan.... Dah baca, bolehlah makan....tak membazir...Tapi sebelum tu ambillah gambarnya dahulu sebagai kenangan....



From Mum's Bakery Kitchen Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino